Setelah beberapa hari sebuah pasar raya terkemuka di Malaysia didakwa menyalurkan dana kepada Israel, akhirnya TESCO Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mereka melalui Facebook Tesco Malaysia.
KENYATAAN OLEH TESCO MALAYSIA BERKENAAN ISU DI GAZA
Berikutan aduan yang kami terima daripada laman-laman sosial berhubung isu krisis di Gaza, kami ingin menekan bahawa Tesco Malaysia TIDAK menyalurkan hasil jualan atau keuntungan daripada pasaraya-pasaraya kami untuk menyokong sebarang kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia. Sebarang dakwaan berkenaan perkara ini adalah tidak benar sama sekali.
Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang dakwaan bahawa Tesco menyumbang keuntungan kepada Israel. Sebagai sebuah syarikat yang telah disenara awam yang tidak bersifat politik, kami patuh sepenuhnya kepada polisi kami untuk tidak membuat sebarang sumbangan dan tajaan berbentuk politik. Sebarang dakwaan yang bertentangan akan dianggap sebagai satu fitnah.
Tesco plc yang berpengkalan di United Kingdom merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan awam dan dimilik oleh pemegang saham dari seluruh dunia. Salah satu daripada nilai utama kami ialah untuk menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab dan beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini.
Di Malaysia, kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 11,000 rakyat Malaysia yang memberi layanan mesra kepada para pelanggan. Kami juga mempunyai lebih 3000 pembekal tempatan termasuk pembekas IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang berkerjasama dengan kami dalam membekalkan produk-produk berkualiti pada harga yang berpatutan.
Di samping itu, kami ljuga menyokong program-program yang bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik terutamanya dalam musim Ramadan dan Aidilfitri melalui program Kasih Ramadan kami baru-baru ini.
Terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Pengarah Perhubungan Kerajaan & Hal Ehwal Korporat
Tesco Malaysia
p/s: rakyat sebenarnya nak tengok Tesco kata seperti ini, “TESCO MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA KEKEJAMAN ISRAEL”
Sumber : my-media-hub






0 comments:
Post a Comment