PENGANTIN PIJAK DAN BAKAR BENDERA ISRAEL SEBELUM NAIK PELAMIN | MELAKA:
Sepasang pengantin mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka
dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes
kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.
Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27,
kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara
itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya
kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.
Mohd hilmi berkata, sebagai umat islam secara keras membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
“Alhamdulillah saya rasa amat bersyukur majlis berjalan lancar dan bagi
melahirkan kekesalan dan kesedihan serangan Israel ke atas Gaza dan
sememangnya kita sebagai umat Islam kami sangat membantah dan mengeji
tindakan Israel itu," ujar pengantin lelaki Mohd Hilmi Muslim.
Norfadhilah berkata, biarpun sekadar tanda protes dengan memijak bendera
Israel namun, selayaknya negara pengganas itu mendapat penghinaan
sewajarnya.
“Memang selayaknya diperlukan begitu dan selayaknya mereka dihina. Tidak
sepatutnya sebagai sebuah negara yang besar sanggup menzalimi mereka
yang ternyata tidak bersalah dan kami bersama mereka walaupun sekadar
memijak bendera," tambah pengantin perempuan Norfadhilah Badroldin.
Pada majlis persandingan yang berlangsung kira-kira pukul 2 petang itu,
kedua-dua mempelai dibawa berarak ke kediaman mereka di Kampung Umbai,
Jasin.
Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.
Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman
tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis
tersebut.
Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel
selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain
membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut lapor
Astro Awani.







0 comments:
Post a Comment