Mengejutkan
malam tadi apabila Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan selepas
kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus
bergelut dengan ketidaktentuan politik.
Pengumuman itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah
timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula
menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia
MH17.
Menurut Arseniy
Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran
gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'. Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.
Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.
Walaupun
gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17
terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di
kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60
kilometer dari tempat kejadian.
Tentera
Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam 24 jam dalam
gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu
daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. - AFP






0 comments:
Post a Comment