Perasaan yang masih utuh menyatukan mereka kembali sebagai suami isteri. Pasangan artis popular Adam AF2 dan Fiza yang bercerai pada 28 April yang lalu telah kembali rujuk pada 17 Julai lalu bersamaan 19 Ramadhan selepas 2 bulan mereka bercerai.
Bercakap kepada
wartawan B*Pop, Adam memberitahu pada Selasa lalu mereka telah pergi ke
Pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada jam 11 pagi
untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka.
Adam dan Fiza
mengganggap apa yang berlaku pada mereka sebelum ini adalah ujuan dan
takdir daripada Allah. Sepanjang tempoh lebih 2 bulan penceraian mereka,
mereka telah muhasabah diri dan mengkaji kesilapan masing-masing dan
berusaha untuk memperbaikinya ujar Adam.
“Walaupun
bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus berhubung. Ternyata
cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil
keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap
semua orang doakan yang terbaik agar perkahwinan kami kekal ke akhir
hayat dan semoga dijauhkan dari fitnah dunia,” kata Adam.
“Fiza harap
peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah
Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya
rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata
Fiza dengan penuh harapan selepas ditanya harapannya selepas dirujuk
semula.
Fiza juga berharap
dapat mengerjakan umrah bersaa Adam satu masa nanti. Selepas mereka
merujuk semula, mereka telah berpindah ke Shah Alam. Selain itu, Fiza
juga telah beraya bersama keluarga Adam di Sabah pada Hari Raya yang
ketiga hingga kelima sebelum mereka pulang semula ke Kuala Lumpur.
Sumber http://ejeninfo.blogspot.com







0 comments:
Post a Comment