Sunday, 10 August 2014

Remaja Gaza Menjana Elektrik Dan Gas Memasak Menggunakan Air

Peperangan Gaza ketiga yang berlarutan sejak 8 Julai yang lalu sudah meragut lebih dari 1500 nyawa dan mencederakan ribuan warga Gaza. Selain daripada masalah nyawa yang boleh melayang dengan tiba – tiba, penduduk Gaza juga berhadapan dengan masalah mendapatkan kemudahan asas untuk terus hidup. Lebih kurang seminggu lalu satu – satunya stesen janakuasa di Gaza di bom regin Zionis mengakibatkan penduduk Gaza kini terpaksa bergelap. Penggunaan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik kini menjadi kebiasaan tetapi bekalan petrol pula sukar didapati kerana sekatan Israel serta terowong menyeludup yang sudah dimusnahkan.
Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18) mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air. Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik. Ibrahim mendapat idea untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api yang  dikenakan regim Zionis sejak 2006. Bahan api yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.

 Pepatah Inggeris ada berkata keperluan ialah ibu kepada penciptaan. Di dalam kes Ibrahim Saad keperluan untuk mendapatkan bekalan bahan api dengan lebih mudah memaksa beliau menghasilkan ciptaan buatan sendiri ini. Tahniah terhadap remaja ini. Kami berharap beliau terselamat dari sebarang kecelakaan sepanjang perang Gaza ketiga ini. Adalah merugikan sekiranya remaja bijak seperti beliau terkorban kerana kami yakin dengan kepandaian beliau banyak lagi ciptaan yang mampu membatu komuniti tertindas Gaza dapat dihasilkan. Insya Allah.



Sumber Rujukan: amanz.my, Middle East Monitor



Enam Kapal Perang Israil Seberangi Terusan Suez



5 Ogos 2014 - SUEZ, (PIC)-- Pegawai Pihak Berkuasa Terusan Suez Mesir mendedahkan enam kapal perang Israil menyeberangi Terusan Suez sejak tiga hari lepas.

Sumber tersebut menambah kapal perang berkenaan menyeberangi terusan di bawah kawalan keselamatan yang ketat, mendakwa tiada sebarang hubungan di antara kapal perang yang melintas dengan keganasan israil ke atas Gaza.

Kapal perang tersebut dipenuhi dengan 19 tan kelengkapan ketenteraan, dua tan kurang daripada muatan beberapa tahun yang lepas, katanya.

Sumber: The Palestinian Information Center, amanpalestin.net  |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)







2,400 Pelarian Palestin Dibunuh Di Syria


5 Ogos 2014 - DAMSYIK, (PIC)-- Kumpulan Bertindak untuk Pelarian Palestin di Syria melaporkan sekitar 2,400 orang pelarian Palestin telah dibunuh di Syria sejak bermulanya Revolusi Syria sehingga akhir Julai lalu,

Menurut kumpulan tersebut 2,365 orang pelarian Palestin telah dibunuh di Syria, 1,627 orang daripadanya dibunuh di dalam kem-kem pelarian dan 693 yang lain dibunuh di luar kem.

Sementara itu, 37 orang pelarian Palestin dibunuh di luar Syria termasuk 35 orang yang mencuba untuk memasuki Eropah untuk lari daripada pembunuhan berdarah tersebut, sementara dua yang lain terbunuh dalam keganasan Israil ke atas Semenanjung Gaza sewaktu mereka cuba mencari perlindungan.
Sumber: The Palestinian Information Center, amanpalestin.net   |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)

Mishaal: Tiada Gencatan Senjata Dengan Kewujudan Israil Di Gaza

5 Ogos 2014 - DOHA, (PIC)-- Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal
berkata pergerakannya tidak akan dan tidak akan sekali-kali
menerima gencatan senjata yang melibatkan kewujudan Israil
di Gaza. "Kami menolak tawaran mereka dan menyampaikan mesej
kepada Kerry melalui Menteri Luar Qatar," Mishaal menjelaskan.

"Gencatan senjata adalah gencatan senjata, tetapi kahadiran tentera
Israil di dalam Gaza dan memusnahkan terowong dianggap sebagai keganasan," Mishaal memaklumkan CNN dalam temubual eksklusif dari Doha.

"Penentang Palestin berhak untuk mempertahankan diri dan
berhak untuk berunding dengan tentera Israil yang berada di dalam
wilayah Gaza kami," tambah beliau.

"Kami tidak menipu Kerry atau Israil. Kami memberitahu semua
pihak secara terang-terangan bahawa inilah pendirian kami, oleh itu
Israil dan Amerika mesti bertanggungjawab terhadap kesannya."

Dalam nada yang sama, pergerakan Hamas berkata dalam kenyataan
yang dikeluarkan pada hari Sabtu bahawa perang Israil ke atas Gaza memberikan cukup bukti
 dan atmosfera yang sesuai untuk mendakwa pemimpin Israil di atas jenayah perang.
Sumber: Mishaal, amanpalestin.net: Tiada Gencatan Senjata dengan kewujudan Israil di Gaza   |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP) 

Penuntut turun padang kutuk Zionis


ALOR SETAR - Golongan mahasiswa tidak terkecuali mengadakan demonstrasi aman mengajak seluruh rakyat Malaysia membantah kezaliman Israel yang menyerang bumi Gaza serta membunuh rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.
Pengarah program Solidariti Selamatkan Gaza, Muhammad Azri Zamrin berkata, bantahan hendaklah dilakukan secara berterusan sehingga memberi impak kepada Israel yang sewenang-wenangnya memusnahkan rumah dan bangunan penduduk Gaza.

“Kami anjurkan program ini untuk menyedarkan masyarakat sekeliling tentang apa yang berlaku di Gaza sekarang. Biarpun hanya disertai 50 mahasiswa daripada Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM Arau) namun objektif yang ingin disampaikan mencapai sasaran,” katanya.

Program anjuran sebuah NGO gabungan mahasiswa, Lion Dream Maker Academy dengan kerjasama Majlis Perunding Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) itu bermula di pekarangan tempat meletak kereta di Pasaraya Star Parade, sebelum berarak menuju ke Pusat Dakwah sebelum meneruskan perarakan ke Pekan Rabu.

Muhammad Azri berkata, peserta berhimpun secara aman di hadapan Pekan Rabu dan turut mengadakan ‘flashmob’ membantah kekejaman Israel terhadap Palestin selain menyuarakan sokongan terhadap Gaza.

“Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir di Masjid Zahir sambil membawa sepanduk berkaitan.

"Sekali lagi kami berhimpun secara aman di Dataran berhadapan Masjid Zahir untuk menyatakan sokongan itu,” katanya.

Menurutnya, solidariti itu akan diteruskan di beberapa lokasi terpilih dalam masa terdekat bagi membangkitkan kesedaran umum tentang kesengsaraan saudara seIslam di Gaza.

“Kami mahu beri kesedaran apa yang berlaku di Gaza khusus kepada golongan belia dan mahasiswa, di mana risalah berkaitan turut diedarkan,” katanya.

Muhammad Azri berkata, sejumlah RM28,300 hasil sumbangan daripada Tabung Kebajikan Gaza sudah disalurkan kepada penduduk Palestin pada Aidilfitri lalu, menerusi wakil Lion Dream Maker Academy yang berada di Syria.


Sumber Sinar Harian Online

MH370: CIA tahu hal sebenar


WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.
Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.


Sumber Sinar Harian Online

10 Perkara Mengenai Doraemon Yang Tidak Diketahui Umum







Mari baca ni 10 perkara mengenai doraemon yang tidak diketahui umum, dikongsikan dalam komik Kreko


1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).

6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

p/s: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2D Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.

Sumber http://ejeninfo.blogspot.com