Sunday, 10 August 2014

Remaja Gaza Menjana Elektrik Dan Gas Memasak Menggunakan Air

Peperangan Gaza ketiga yang berlarutan sejak 8 Julai yang lalu sudah meragut lebih dari 1500 nyawa dan mencederakan ribuan warga Gaza. Selain daripada masalah nyawa yang boleh melayang dengan tiba – tiba, penduduk Gaza juga berhadapan dengan masalah mendapatkan kemudahan asas untuk terus hidup. Lebih kurang seminggu lalu satu – satunya stesen janakuasa di Gaza di bom regin Zionis mengakibatkan penduduk Gaza kini terpaksa bergelap. Penggunaan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik kini menjadi kebiasaan tetapi bekalan petrol pula sukar didapati kerana sekatan Israel serta terowong menyeludup yang sudah dimusnahkan.
Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18) mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air. Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik. Ibrahim mendapat idea untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api yang  dikenakan regim Zionis sejak 2006. Bahan api yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.

 Pepatah Inggeris ada berkata keperluan ialah ibu kepada penciptaan. Di dalam kes Ibrahim Saad keperluan untuk mendapatkan bekalan bahan api dengan lebih mudah memaksa beliau menghasilkan ciptaan buatan sendiri ini. Tahniah terhadap remaja ini. Kami berharap beliau terselamat dari sebarang kecelakaan sepanjang perang Gaza ketiga ini. Adalah merugikan sekiranya remaja bijak seperti beliau terkorban kerana kami yakin dengan kepandaian beliau banyak lagi ciptaan yang mampu membatu komuniti tertindas Gaza dapat dihasilkan. Insya Allah.



Sumber Rujukan: amanz.my, Middle East Monitor



Enam Kapal Perang Israil Seberangi Terusan Suez



5 Ogos 2014 - SUEZ, (PIC)-- Pegawai Pihak Berkuasa Terusan Suez Mesir mendedahkan enam kapal perang Israil menyeberangi Terusan Suez sejak tiga hari lepas.

Sumber tersebut menambah kapal perang berkenaan menyeberangi terusan di bawah kawalan keselamatan yang ketat, mendakwa tiada sebarang hubungan di antara kapal perang yang melintas dengan keganasan israil ke atas Gaza.

Kapal perang tersebut dipenuhi dengan 19 tan kelengkapan ketenteraan, dua tan kurang daripada muatan beberapa tahun yang lepas, katanya.

Sumber: The Palestinian Information Center, amanpalestin.net  |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)







2,400 Pelarian Palestin Dibunuh Di Syria


5 Ogos 2014 - DAMSYIK, (PIC)-- Kumpulan Bertindak untuk Pelarian Palestin di Syria melaporkan sekitar 2,400 orang pelarian Palestin telah dibunuh di Syria sejak bermulanya Revolusi Syria sehingga akhir Julai lalu,

Menurut kumpulan tersebut 2,365 orang pelarian Palestin telah dibunuh di Syria, 1,627 orang daripadanya dibunuh di dalam kem-kem pelarian dan 693 yang lain dibunuh di luar kem.

Sementara itu, 37 orang pelarian Palestin dibunuh di luar Syria termasuk 35 orang yang mencuba untuk memasuki Eropah untuk lari daripada pembunuhan berdarah tersebut, sementara dua yang lain terbunuh dalam keganasan Israil ke atas Semenanjung Gaza sewaktu mereka cuba mencari perlindungan.
Sumber: The Palestinian Information Center, amanpalestin.net   |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)

Mishaal: Tiada Gencatan Senjata Dengan Kewujudan Israil Di Gaza

5 Ogos 2014 - DOHA, (PIC)-- Ketua Biro Politik Hamas Khaled Mishaal
berkata pergerakannya tidak akan dan tidak akan sekali-kali
menerima gencatan senjata yang melibatkan kewujudan Israil
di Gaza. "Kami menolak tawaran mereka dan menyampaikan mesej
kepada Kerry melalui Menteri Luar Qatar," Mishaal menjelaskan.

"Gencatan senjata adalah gencatan senjata, tetapi kahadiran tentera
Israil di dalam Gaza dan memusnahkan terowong dianggap sebagai keganasan," Mishaal memaklumkan CNN dalam temubual eksklusif dari Doha.

"Penentang Palestin berhak untuk mempertahankan diri dan
berhak untuk berunding dengan tentera Israil yang berada di dalam
wilayah Gaza kami," tambah beliau.

"Kami tidak menipu Kerry atau Israil. Kami memberitahu semua
pihak secara terang-terangan bahawa inilah pendirian kami, oleh itu
Israil dan Amerika mesti bertanggungjawab terhadap kesannya."

Dalam nada yang sama, pergerakan Hamas berkata dalam kenyataan
yang dikeluarkan pada hari Sabtu bahawa perang Israil ke atas Gaza memberikan cukup bukti
 dan atmosfera yang sesuai untuk mendakwa pemimpin Israil di atas jenayah perang.
Sumber: Mishaal, amanpalestin.net: Tiada Gencatan Senjata dengan kewujudan Israil di Gaza   |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP) 

Penuntut turun padang kutuk Zionis


ALOR SETAR - Golongan mahasiswa tidak terkecuali mengadakan demonstrasi aman mengajak seluruh rakyat Malaysia membantah kezaliman Israel yang menyerang bumi Gaza serta membunuh rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.
Pengarah program Solidariti Selamatkan Gaza, Muhammad Azri Zamrin berkata, bantahan hendaklah dilakukan secara berterusan sehingga memberi impak kepada Israel yang sewenang-wenangnya memusnahkan rumah dan bangunan penduduk Gaza.

“Kami anjurkan program ini untuk menyedarkan masyarakat sekeliling tentang apa yang berlaku di Gaza sekarang. Biarpun hanya disertai 50 mahasiswa daripada Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM Arau) namun objektif yang ingin disampaikan mencapai sasaran,” katanya.

Program anjuran sebuah NGO gabungan mahasiswa, Lion Dream Maker Academy dengan kerjasama Majlis Perunding Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) itu bermula di pekarangan tempat meletak kereta di Pasaraya Star Parade, sebelum berarak menuju ke Pusat Dakwah sebelum meneruskan perarakan ke Pekan Rabu.

Muhammad Azri berkata, peserta berhimpun secara aman di hadapan Pekan Rabu dan turut mengadakan ‘flashmob’ membantah kekejaman Israel terhadap Palestin selain menyuarakan sokongan terhadap Gaza.

“Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir di Masjid Zahir sambil membawa sepanduk berkaitan.

"Sekali lagi kami berhimpun secara aman di Dataran berhadapan Masjid Zahir untuk menyatakan sokongan itu,” katanya.

Menurutnya, solidariti itu akan diteruskan di beberapa lokasi terpilih dalam masa terdekat bagi membangkitkan kesedaran umum tentang kesengsaraan saudara seIslam di Gaza.

“Kami mahu beri kesedaran apa yang berlaku di Gaza khusus kepada golongan belia dan mahasiswa, di mana risalah berkaitan turut diedarkan,” katanya.

Muhammad Azri berkata, sejumlah RM28,300 hasil sumbangan daripada Tabung Kebajikan Gaza sudah disalurkan kepada penduduk Palestin pada Aidilfitri lalu, menerusi wakil Lion Dream Maker Academy yang berada di Syria.


Sumber Sinar Harian Online

MH370: CIA tahu hal sebenar


WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.
Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.

“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.

Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.

“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.

Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.

“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.

“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.


Sumber Sinar Harian Online

10 Perkara Mengenai Doraemon Yang Tidak Diketahui Umum







Mari baca ni 10 perkara mengenai doraemon yang tidak diketahui umum, dikongsikan dalam komik Kreko


1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).

6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

p/s: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2D Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.

Sumber http://ejeninfo.blogspot.com

Remaja Lelaki Menjadi Terkenal Di Thailand Kerana Pembedahan Plastik.. [GAMBAR]







Remaja lelaki ini Namanya ialah Milliken, berusia 19 tahun dan berasal dari Thailand. Dia menjadi begitu terkenal didalam laman forum internet di Thailand kerana kecekalan dan keazamannya untuk melakukan transformasi pada wajahnya agar dapat memiliki rupa yang menarik dan berbeza daripada rupa asalnya.. Perkongsian gambar-gambar transformasi wajahnya membuatkan ramai yang mengikuti perkembangan pembedahan plastiknya.. Hasil daripada pembedahan tersebut wajahnya berubah seperti mengambil gambar menggunakan camera 360.
Mari kita lihat gambar di bawah:
Perbezaan di antara sebelum dan selepas pembedahan plastik dilakukan oleh Miliken.



















Adam dan Fiza Kembali Rujuk Selepas Dua Bulan Bercerai

Adam dan Fiza selepas mendaftar rujuk semula di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam.

Perasaan yang masih utuh menyatukan mereka kembali sebagai suami isteri. Pasangan artis popular Adam AF2 dan Fiza yang bercerai pada 28 April yang lalu telah kembali rujuk pada 17 Julai lalu bersamaan 19 Ramadhan selepas 2 bulan mereka bercerai. 

Bercakap kepada wartawan B*Pop, Adam memberitahu pada Selasa lalu mereka telah pergi ke Pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada jam 11 pagi untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka. 

Adam dan Fiza mengganggap apa yang berlaku pada mereka sebelum ini adalah ujuan dan takdir daripada Allah. Sepanjang tempoh lebih 2 bulan penceraian mereka, mereka telah muhasabah diri dan mengkaji kesilapan masing-masing dan berusaha untuk memperbaikinya ujar Adam.

“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik agar perkahwinan kami kekal ke akhir hayat dan semoga dijauhkan dari fitnah dunia,” kata Adam.

“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan selepas ditanya harapannya selepas dirujuk semula.

Fiza juga berharap dapat mengerjakan umrah bersaa Adam satu masa nanti.  Selepas mereka merujuk semula, mereka telah berpindah ke Shah Alam. Selain itu, Fiza juga telah beraya bersama keluarga Adam di Sabah pada  Hari Raya yang ketiga hingga kelima sebelum mereka pulang semula ke Kuala Lumpur. 

Sumber http://ejeninfo.blogspot.com

Lihat Bagaimana Filem Hollywood Dengan Kesan Visual Menipu Mata Kita.. [GAMBAR]

Pada masa sekarang ni, filem-filem Box Office Hollywood sarat dengan kesan visual yang canggih. Sangat pelik jika filem Hollywood tiada kesan visualkan. Mari kita lihat pembikinan filem-filem seperti Ironman, The Avengers, Avatar, Captain America dan banyak lagi sebelum disuntik dengan kesan visual.. Rasa macam pelik berlakon macam tu















Sumber http://ejeninfo.blogspot.com
Pada masa sekarang ni, filem-filem Box Office Hollywood sarat dengan kesan visual yang canggih. Sangat pelik jika filem Hollywood tiada kesan visualkan. Mari kita lihat pembikinan filem-filem seperti Ironman, The Avengers, Avatar, Captain America dan banyak lagi sebelum disuntik dengan kesan visual.. Rasa macam pelik berlakon macam tu.. - See more at: http://ejeninfo.b
Pada masa sekarang ni, filem-filem Box Office Hollywood sarat dengan kesan visual yang canggih. Sangat pelik jika filem Hollywood tiada kesan visualkan. Mari kita lihat pembikinan filem-filem seperti Ironman, The Avengers, Avatar, Captain America dan banyak lagi sebelum disuntik dengan kesan visual.. Rasa macam pelik berlakon macam tu.. - See more at: http://ejeninfo.blogspot.com/2014/08/lihat-bagaimana-filem-hollywood-dengan.html#sthash.5vUQtfIH.dpuf
Pada masa sekarang ni, filem-filem Box Office Hollywood sarat dengan kesan visual yang canggih. Sangat pelik jika filem Hollywood tiada kesan visualkan. Mari kita lihat pembikinan filem-filem seperti Ironman, The Avengers, Avatar, Captain America dan banyak lagi sebelum disuntik dengan kesan visual.. Rasa macam pelik berlakon macam tu.. - See more at: http://ejeninfo.blogspot.com/2014/08/lihat-bagaimana-filem-hollywood-dengan.html#sthash.5vUQtfIH.dpuf

Monday, 4 August 2014

Tesco Malaysia Nafi Salur Keuntungan Kepada Israel


Setelah beberapa hari sebuah pasar raya terkemuka di Malaysia didakwa menyalurkan dana kepada Israel, akhirnya TESCO Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mereka melalui Facebook Tesco Malaysia.
KENYATAAN OLEH TESCO MALAYSIA BERKENAAN ISU DI GAZA
Berikutan aduan yang kami terima daripada laman-laman sosial berhubung isu krisis di Gaza, kami ingin menekan bahawa Tesco Malaysia TIDAK menyalurkan hasil jualan atau keuntungan daripada pasaraya-pasaraya kami untuk menyokong sebarang kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia. Sebarang dakwaan berkenaan perkara ini adalah tidak benar sama sekali.
Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang dakwaan bahawa Tesco menyumbang keuntungan kepada Israel. Sebagai sebuah syarikat yang telah disenara awam yang tidak bersifat politik, kami patuh sepenuhnya kepada polisi kami untuk tidak membuat sebarang sumbangan dan tajaan berbentuk politik. Sebarang dakwaan yang bertentangan akan dianggap sebagai satu fitnah.
Tesco plc yang berpengkalan di United Kingdom merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan awam dan dimilik oleh pemegang saham dari seluruh dunia. Salah satu daripada nilai utama kami ialah untuk menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab dan beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini.
Di Malaysia, kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 11,000 rakyat Malaysia yang memberi layanan mesra kepada para pelanggan. Kami juga mempunyai lebih 3000 pembekal tempatan termasuk pembekas IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang berkerjasama dengan kami dalam membekalkan produk-produk berkualiti pada harga yang berpatutan.
Di samping itu, kami ljuga menyokong program-program yang bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik terutamanya dalam musim Ramadan dan Aidilfitri melalui program Kasih Ramadan kami baru-baru ini.
Terima kasih atas sokongan yang diberikan.
Azlam Shah Alias
Pengarah Perhubungan Kerajaan & Hal Ehwal Korporat
Tesco Malaysia


p/s: rakyat sebenarnya nak tengok Tesco kata seperti ini, “TESCO MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA KEKEJAMAN ISRAEL”

Sumber : my-media-hub

Kerana Bunyikan Enjin Motosikal, Lelaki Dipukul hingga Mati (5 Gambar Suspek)


SEREMBAN – Seorang pekerja lelaki Kompleks sukan Nilai ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam sebuah lubang di Jalan Labu, Batu 6 semalam.
Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mayat Amir Fazli Suhaimi Fadzil, 18, ditemui oleh orang awam. Mayat ditemui hanya memakai seluar dan tidak berbaju.
Pemeriksaan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lebam di bahagian mata dan hidung berdarah. Dompet mangsa juga tidak ditemui. Namun sebuah motosikal Yamaha 125Z dipercayai milik mangsa ditemui 40 meter dari lokasi kejadian.
Sebuah topi keledar berwarna biru, sehelai baju dan jam tangan turut ditemui tidak jauh dari mayat mangsa berserta beberapa kesan darah. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan selanjutnya.
Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.


Sumber Dari : my-media-hub

Video Mohon Maaf Kiki Dan Penjelasan Uncle Sim Terhadap Isu


Akhirnya kiki muncul minta maaf dan bersemuka dengan uncle Sam. Apapun, Uncle Sam memang humble dan sikap Uncle ini patut dicontohi. Alhamdulillah, berakhir sudah, dia pun sudah memohon maaf dan bersemuka dengan pakcik itu. 

Memang respek dengan Uncle Sim ini. Walaupun orang kurang baik dengan kita tak patutlah kita buat benda yang sama pada dia. Semoga Kiki mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.

Jadi kawan2 dah jgn lagi post pasal ni. Semoga dengan keberkatan di bulan Ramadhan ini, dia , mereka dan kita semakin menjadi baik dari semalam. 



Tips Keselamatan Kereta Anda


Tips keselamatan: pencuri professional bawa alat gajet pun tidak dapat curi kereta anda.kalau pencuri rampas kereta anda enjin tengah hidup jika dia off enjin dia tidak akan dapat start lagi...selagi dia tidak tahu fomula nak hidupkan enjin kereta anda...hehehe...
Cara-caranya:
1.Buka meter kereta tempat sensor alram & immobilizer.
2.Buka negative bateri & semua wayer meter kereta.
3.Potong litar ground IGN (-)(ignition) buat penyambungan ke besi ground tempat masuk kunci kereta.
4.Potong sensor immobilizer tak perlu pakai sebab pencuri professional dia ada alat untuk matikan immobilizer tu.
5.Bila anda nak start kereta jari kanan sentuh sikit kunci kereta & tangan kiri sentuh ground tombol tempat tanda api rokok enjin & enjin berjaya start.
6.Badan kita jadi penyambung ground (-) ke bateri,selagi tangan kiri tidak sentuh ground,enjin tidak boleh start senyap macam kereta tiada bateri langsung.
7.Anda juga boleh buat penyambungan ground tersembunyi hanya tuan kereta sahaja tahu.
8.Selamat mencuba...kalau xdok berjaya minta kedai aksesori tolong buatkan...hehehe...


Sumber Azahar Zanudin

Besi Melayang di NKVE Tembus Cermin


Mengerikan! Kejadian berlaku di lebuhraya NKVE lebih kurang jam 1.30 petang di mana kereta ini menuju ke setia alam. Satu besi panjang terkeluar daripada sebuah lori yang menembusi cermin kereta sehingga terperosok ke dalam seat belakang pemandu kedua.
Kejadian ini hampir mengorbankan seorang kanak berusia 4 tahun. Walaupun tiada kemalangan jiwa namun adalah penting bagi pemandu menjarakkan dari kenderaan berat terutamanya. Hati hati di jalan raya.






MH17: Pramugara Tukar Syif Dengan Rakan – Bapa


Pramugara MAS, Sanjid Singh Sandu, 41, tidak sepatutnya menaiki pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut bapanya, Jijar Singh, 71, Sanjit telah bertukar syif dengan seorang rakan sekerjanya. Ibunya yang berusia 73 tahun merancang untuk memasak makanan kegemaran Sanjid sebaik saja dia tiba di Pulau Pinang.

“Kali terakhir dia pulang adalah pada bulan lalu. “Anak saya bercakap dengan saya menerusi telefon sebelum penerbangannya pada Rabu.


Sanjid Singh Sandu. “Saya tidak tahu itu akan menjadi perbualan terakhir dengannya.
“Apa yang berlaku telah berlaku,” kata Jijiar ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Selamat, Alma di sini.
Jijar dan isterinya menerima berita sedih itu daripada menantu perempuannya yang juga seorang pramugari MAS kira-kira pukul 4 pagi Jumaat. Beliau berkata, Sanjid merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu.
MAS mengesahkan syarikat itu telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
Pesawat MH17 itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat.
Data pengesanan pesawat menunjukkan MH17 berada pada ketinggian 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar.

PM Ukraine Letak Jawatan





Mengejutkan malam tadi apabila Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17. 
Menurut Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'. Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.
 
Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian. 

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. - AFP

Pusat Membeli-Belah One Utama Terbakar

Agak mengejutkan apabila melihat kepulan kepulan asap yang keluar dari bangunan shopping mall One Utama, damansara. Kebakaran mengakibatkan kesesakan lalu-lintas yang teruk menghala ke Lebuhaya Damansara-Puchong (LDP).

Ia berikutan dari penunggang-penunggang motosikal yang berhenti bagi melihat kejadian tersebut. Pihak pengurusan One Utama ketika dihubungi berkata, kebakaran yang berlaku hanya dibahagian medan selera di sayap baru di pusat membeli-belah berkenaan.
 

‘’Kami hanya mengesahkan ianya hanya kebakaran kecil di bahagian sebuah dapur medan selera dan api berjaya dipadamkan dengan pantas’’ dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
‘’Kami masih menunggu laporan serta motif kejadian dari pihak berkuasa’’
Pihak Bomba dan Penyelamat Damansara tiba di tempat kejadian pada pukul 9.30 pagi dan mengesahkan kebakaran dipercayai dari kipas dapur yang gagal menyerap haba.

LORI MEMBAWA MUATAN BABI TERBALIK

Hampir 30 babi berkeliaran di atas jalan selepas terjatuh daripada lori muatan yang terbalik di persimpangan bertingkat Jalan Pontian-Skudai  dalam  perjalanan ke pusat pemyembelihan babi pagi tadi.


Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, badan lori yang menempatkan haiwan berkenaan terbalik secara tiba-tiba ketika tiba di selekoh persimpangan bertingkat itu. 

"Apabila sampai di selekoh, badan lori itu terbalik menyebabkan semua babi ini jatuh sebelum berkeliaran di atas jalan raya," katanya.
Bagaimanapun, katanya pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.
Sumber : Harian Metro

PUNCA SEBENAR 300 KREW KABIN MAS LETAK JAWATAN

300 KREW KABIN MAS LETAK JAWATAN | Malang sekali lagi menimpa Malaysia Airlines (MAS) apabila kakitangannya tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
Selepas Tragedi MH370, MAS Diuji Sekali Lagi Dengan Isu Perletakan Jawatan Hampir 300 Kru Kabin. 
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.
Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.
 
Difahamkan, MAS Tidak Memberi Bonus Untuk Beberapa Tahun Serta Turut Mengerah Kakitangannya Untuk Bekerja Lebih Masa
Sumber memberitahu sudah beberapa tahun syarikat gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.
"Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," kata sumber itu.
Menurut sumber itu lagi, jadual kerja kru kabin yang membebankan memaksa mereka bekerja untuk tempoh lama termasuk melalui penerbangan antarabangsa dan disambung dengan tugasan domestik sebelum dibenarkan bercuti.

Antara Pendorong Lain Dalam Perletakan Jawatan Ialah Bayaran Yang Lebih Tinggi Ditawarkan Daripada Syarikat Penerbangan Terkemuka Lain
"Siapa nak kerja dengan MAS kalau ada syarikat yang tawarkan gaji lebih RM30,000 sebulan bagi jurutera berpengalaman antara tujuh hingga 10 tahun dan ada juga juruteknik yang ditawarkan RM8,000 sebulan berbanding hanya RM3,000 di MAS."
"Setiap kali kakitangan terbabit akan menamatkan latihan, sudah ada tawaran kerja daripada syarikat penerbangan lain dengan kadar gaji lebih tinggi, ia seolah-olah ada sindiket yang memerhati setiap kakitangan MAS dan menunggu masa sesuai untuk 'memancing' mereka," katanya.

Isu Ini Dikatakan Telah Berlarutan Selama Beberapa Tahun Dan Tidak Ada Kaitan Langsung Dengan Tragedi Kehilangan MH370
Ditanya sama ada tragedi MH370 memberi kesan terhadap kakitangan syarikat itu, sumber itu berkata, ia menambah kesengsaraan mereka kerana tentunya syarikat yang menanggung rugi RM1.7 bilion sebelum ini akan berada dalam situasi lebih parah.
"Kalau bukan kerana MH370 pun semangat kerja kakitangan MAS sudah luntur sejak tiga tahun ini," katanya.